PRISTIN

PRISTIN










Ambil Satu Langkah Mudah Untuk Menyimpan dan Nikmati Kehidupan Yang Anda Inginkan Sekiranya anda bimbangkan tentang pelaburan wang simpanan anda dan pada masa yang sama tidak langsung melihat sebarang perkembangannya, usahlah ragu lagi. Mulakan simpanan anda dengan Pristin yang memberikan anda jaminan untuk menikmati pulangan dalam jangka masa yang terancang.   Lihat Wang Anda Berganda Dengan Pristin Pristin merupakan pelan Takaful yang menyediakan pulangan tahunan tetap untuk 20 tahun. Bayaran tunai tahunan antara 5% - 10% dari Sumbangan Tahunan Asas semestinya menggandakan wang anda. Dengan Pristin, anda dapat menjalani hidup dengan sepenuhnya dan menikmati ketenangan minda kerana anda sememangnya dilindungi dan mendapat bayaran tunai tahunan yang akan membantu anda menjalani gaya hidup anda.   Siapakah Yang Layak? Orang Dilindungi: Mereka yang berumur di antara 14 hari hingga 60 tahun Peserta: Mereka yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun.   Manfaat Utama Yang Ditawarkan Oleh Pristin

Manfaat Kematian
Sekiranya berlaku Kematian ke atas Orang Dilindungi, Jumlah dilindungi berserta semua nilai terkumpul dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP), termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) ditolak dengan sebarang hutang akan dibayar secara sekaligus.

Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
Sekiranya berlaku HUMK ke atas Orang Dilindungi sebelum umur 65 tahun, Jumlah Dilindungi serta semua nilai terkumpul dalam DPP, termasuk sebarang keuntungan daripada pelaburan yang dibuat (jika ada) akan dibayar.

Jika bayaran agregat Jumlah Dilindungi (setiap seorang yang dilindungi) adalah sehingga RM1 juta, manfaat akan dibayar secara sekaligus. Jika Jumlah Dilindungi adalah melebihi RM1 juta, baki Jumlah Dilindungi akan dibayar satu (1) tahun selepas bayaran pertama dibuat, tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di dalam kontrak sijil.
Manfaat Penyakit Terminal
Setelah Orang Dilindungi didiagnosis mengalami Penyakit Terminal semasa tempoh Takaful atas sebab semula jadi atau kemalangan, jumlah dibayar adalah bersamaan dengan Jumlah Dilindungi serta nilai terkumpul di dalam DPP, jika ada.

Penyakit Terminal ditakrifkan sebagai keadaan yang dijangka akan menyebabkan kematian kepada Orang Dilindungi dalam masa 12 bulan. Orang Dilindungi hendaklah tidak lagi menerima rawatan aktif selain daripada ubat penahan sakit. Diagnosis mestilah disokong dengan pengesahan bertulis oleh pakar yang sewajarnya dan disahkan oleh doktor yang dilantik oleh Pihak Syarikat.
Manfaat Matang
Apabila tempoh Sijil dipenuhi oleh Orang Dilindungi, nilai terkumpul di dalam DPP termasuklah keuntungan DPP dan lebihan dari Dana Risiko Peserta (DRP), jika ada, yang telah diperuntukan kepada Peserta akan dibayar.
Bayaran Tunai Tahunan
Bayaran Tunai Tahunan Tetap berdasarkan pada peratusan Sumbangan Tahunan Berbayar* akan dibayar sepanjang tempoh Sijil selama 20 tahun.
Sijil
Tahun
Bayaran Tunai Tahunan
(% daripada Sumbangan Tahunan Asas* yang Dibayar)
Tahun 1 – 5
5%
Tahun 6 – 20
10%

*Tidak termasuk sumbangan tambahan dan sumbangan rider (jika ada)
Mod sumbangan tahunan: Bayaran dibuat pada permulaan setiap tahun Sijil. Mod sumbangan lain: Bayar dibuat pada penghujung setiap tahun Sijil, tertakluk pada sumbangan penuh yang diterima bagi setiap tahun Sijil
Sumbangan Dengan sumbangan yang berpatutan, anda boleh menyertai Pristin dan menikmati segala manfaat yang ditawarkan oleh pelan ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk membayar sumbangan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.   Asas Kontrak Pristin menggunakan konsep Tabarru' (derma), di mana Peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian jumlah tertentu daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiko Peserta (Tabung Tabarru') untuk tujuan membantu dan menolong sesama Peserta jika diperlukan. Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan kedua-dua DRP dan DPP. Yuran Wakalah akan ditolak daripada sumbangan yang dibayar. Baki jumlah akan dilabur ke dalam DRP dan DPP.
Tahun
Sijil
Yuran Wakalah
sebagai % sumbangan
Yuran Tetap Wakalah
setiap tahun
1
90%
RM 60.00
2
50%
RM 60.00
3
31%
RM 60.00
4
25%
RM 60.00
5 - 6
15%
RM 60.00
7 onwards
5%
RM 60.00
Yuran Prestasi daripada Tambahan dalam DRP diagihkan di antara Anda (50%) dan Etiqa (50%). Yuran Insentif daripada keuntungan pelaburan dalam DPP diagihkan di antara anda (90%) dan Etiqa (10%).   Nota Penting Jika Orang Dilindungi membunuh diri semasa waras dalam masa setahun dari Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil, tanggungan kami adalah terhad kepada pembayaran balik sumbangan yang telah dibuat atau 60% bayaran daripada Jumlah dilindungi jika perbuatan membunuh diri dilakukan semasa waras, setahun selepas Tarikh Sijil Dikeluarkan atau sebarang Tarikh Pengembalian Semula Sijil Peserta akan diberi tempoh ihsan selama 31 hari dari tarikh akhir sumbangan perlu dibuat dan jika sumbangan belum dibayar pada akhir tempoh ihsan, Sijil akan dilanjutkan di bawah kemudahan sumbangan automatik. Sijil akan berakhir jika jumlah dalam Akaun Peserta tidak mencukupi untuk membayar sumbangan tahunan. Sijil ini mungkin melayakkan anda untuk mendapat pengecualian cukai peribadi yang bergantung kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Anda perlu memahami pelan ini dengan sepenuhnya untuk memastikan keperluan anda dapat dipenuhi dengan sebaiknya dan sumbangan yang dibayar di bawah Sijil ini adalah berdasarkan kemampuan anda. Apabila Sijil ditamatkan, matang atau tamat tempoh, semua manfaat di bawah pelan ini akan luput. Jika anda menamatkan Sijil pada tahun-tahun awal, anda mungkin akan mendapat kembali amaun yang kurang daripada jumlah yang telah anda sumbangkan. Prestasi perlaburan dana tersebut akan berdasarkan pada prestasi sebenar dan tidak terjamin. Anda boleh menilai kesesuaian pelan ini dan boleh membatalkan penyertaan anda dalam masa 15 hari dari tarikh penghantaran Sijil, yang melayakkan anda menerima pembayaran balik sumbangan penuh yang telah dibuat, selepas ditolak sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan kesihatan (jika berkenaan). Manfaat dan/atau pulangan dari pelaburan di bawah Pelan ini akan berdasarkan pada prestasi dana yang sebenar dan tidak dijamin. Risiko dana akan ditanggung sepenuhnya oleh Peserta dan segala manfaat yang diterima mungkin kurang daripada jumlah keseluruhan sumbangan yang dibuat dalam Dana Pelaburan Peserta. Sila pastikan anda merujuk kepada Illustrasi jualan yang berkaitan dengan Sijil yang disediakan kepada anda oleh Etiqa Takaful Berhad. Risalah ini bertujuan untuk rujukan sahaja dan tidak boleh diambil kira sebagai kontrak atau jemputan untuk mengambil bahagian. Etiqa Takaful Berhad didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.

NO TEL :013 - 689 0232 (AKIM) / EMAIL : karismaetiqa.maybankgroup@yahoo.com
ATAU SMS UNTUK SETKAN APPOINTMENT DITEMPAT ANDA 
( NAMA , LOKASI , NO TELEFON ,PELAN YANG DIPILIH,) 
APPOINTMENT FROM 9.00 AM - 9.00 PM 

No comments:

Post a Comment